Inap-Selatan Homestay


Pengenalan : Inap-Selatan Homestay merupakan entiti kemasyarakatan yang beroperasi berteraskan Eco-Pelancongan (eco-tourism). Konsep homestay kini bukan lagi sekadar rumah inap ataupun bilik penginapan tetamu bagi jangka masa pendek. Inap-Selatan Homestay memperkenalkan satu bentuk aktiviti Eco-Pelancongan yang bersamanya turut menyediakan program-program dan aktiviti pelancongan yang bermanafaat kepada tetamu pelancong di dalam jumlah yang besar, disertai dengan beberapa perancangan aktiviti yang meriah bersama-sama dengan penglibatan masyarakat setempat.

Lokasi : Inap-Selatan Homestay menggabungkan beberapa buah rumah penduduk yang telah dinaik taraf dan diiktiraf sebagai HOMESTAY sebagai tempat penginapan tetamu pelancong. Rumah-rumah ini berada berdekatan di dalam kawasan gugusan sempadan Pekan Benut-Rengit-Spg.Renggam-Air Hitam. Lokasi kawasan ini merangkumi Daerah Batu Pahat dan Daerah Pontian (Johor, MALAYSIA). Kami juga berusaha memperkenalkan dan membawa para pelancong ke lokasi-lokasi menarik di sekitar kawasan operasi kami dan memberikan antara kenangan pelancongan yang amat bererti kepada setiap tetamu kami.

Kelebihan : Inap-Selatan Homestay dioperasikan di kawasan penempatan yang amat-amat unik di dalam Negeri Johor. Masyarakat melayu di kawasan ini terdiri daripada Etnik Melayu, Bugis, Jawa & Banjar, selain daripada beberapa kaum lain yang hidup rukun, aman damai, bekerjasama dan saling prihatin bersesuaian dengan kehidupan desa yang permai. Kepelbagaian etnik ini telah membawa bersama keunikan dari segi kepelbagaian adat resam, etnik kebudayaan, dialek bahasa, citarasa cara, tradisi keraian dan bermacam-macam lagi makanan serta juadah yang berbeza. Kelebihan inilah yang menjadikan kawasan di sini unik dan sewajarnya masyarakat luar perlu diberitahu tentang perkara ini.

Keindahan : Inap-Selatan Homestay terpanggil untuk memikul tanggungjawab bagi memperkenalkan keindahan dan kecantikan desa yang terpendam, yang dimiliki masyarakat di kawasan ini. Di samping itu juga, beberapa lokasi menarik akan kami persembahkan kepada semua tetamu kami bersesuaian dengan konsep Eco-Pelancongan yang kami bawa ini.

Kemudahan Inap-Selatan

Inap-Selatan Homestay memperkenalkan pakej-pakej inapdesa bersama kemudahan yang selesa untuk para peserta dan tetamu kami.
     - Rumah Inap & Homestay bercirikan masyarakat Melayu.
     - Rumah Inap & Homestay diiktiraf tarafnya dan selesa.
     - Penghuni & penduduk yang mesra, perihatin & komited.
     - Kenderaan pengangkutan yang sesuai & bersesuaian
     - Perkampungan homestay yang lengkap dengan kemudahan awam.

Inap-Selatan Homestay mendekatkan tetamu dengan aktiviti masyarakat setempat yang menarik untuk para tetamu yang boleh dijadikan antara kenangan terindah dalam memori.
     - Perlumbaan Kenderaan Ceketeng
     - Persembahan Kebudayaan Tradisi
     - Pertandingan Gasing & Sukan Ria
     - Pembuatan Kuih-Muih Tradisional
     - Majlis Perkahwinan Kaum Melayu
     - Majlis Keraian & Budaya Melayu
     - Persembahan Kebudayaan Melayu

Inap-Selatan Homestay menyediakan pelbagai aktiviti daya tarikan eco-pelancongan untuk dilawati. Antara kenangan-kenangan yang menarik untuk dilawati adalah;
     - Ladang Nanas - Menanam / Memetik Nanas
     - Ladang Kelapa Sawit - Memetik Buah Sawit
     - Ladang Jagung - Melawat Penanaman Jagung
     - Lawatan Bazar Karat Pekan Rengit & Benut
     - Lawatan Kilang Kerepek & Kuih Di Parit Raja
     - Lawatan Kilang Produk Berasaskan Nanas
     - Lawatan Perusahaan Membuat Kuih Dodol
     - Pusat Membeli-Belah Porcelain Air Hitam
     - Lawatan Muzium Bugis & Muzium Nanas

Pakej Aktiviti Homestay


Pelbagai pakej aktiviti homestay untuk dipilih;
- Sukan Sukan & Riadah Rakyat
- Aktiviti Seni Persembahan Budaya
- Makanan & Jamuan Tradisional
- Majlis & Keraian Masyarakat
- Sesi Lawatan Eco-Pelancongan


Rangkaian Homestay

Senarai Rumah Inap-Selatan Homestay;
- Pontian
- Batu Pahat
- Kluang
- Kulaijaya
- Kota Tinggi
- Mersing
- Muar

Galeri Aktiviti